SUPER SERUM 100% ARGAN OIL PURE
Argan Oil atau Minyak Argan berasal dari buah pohon Argan (Argania spinosa) yang hanya ditemui di Morocco, Afrika Utara. Pohon yang dilindungi oleh UNESCO ini ditemui sejak 150-200 tahun yang lalu dan yang lebih mengejutkannya lagi, pokok ini mengeluarkan buah ketika berusia sekitar 30-50 tahun. Untuk mendapatkan 1 liter minyak argan memerlukan 30 kg buah argan dan proses untuk mendapatkan ekstraknya mengambil masa selama 15 jam.
Seperti mana yang kita tahu, minyak argan sangat bagus untuk kulit wajah dan bukan itu sahaja anda juga boleh guna untuk rambut dan kulit tubuh badan. Jom kita baca 10 Kelebihan Minyak Argan Untuk Kulit Wajah. Bila kita tahu kelebihannya, kita mula untuk guna Minyak Argan dan konsisten mengamalkannya.
Antara kelebihan Minyak Argan:
1) KAYA DENGAN ANTI OKSIDAN
Minyak Argan kaya dengan Vitamin E malah kandungan vitaminnya 2 kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada kulit wajah.
2) MELEMBABKAN KULIT
Minyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap. Jika anda mempunyai kulit kering, anda memang dinasihatkan menggunakan produk yang berasaskan semulajadi seperti minyak argan ini untuk mengembalikan kelembapan kulit. Anda sentiasa berada dalam pejabat yang berhawa dingin, memang digalakkan guna produk yang berasaskan argan sebagai pelembap.
3) MENCERAHKAN KULIT
Disamping melembapkan kulit, minyak argan juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan membuat tona kulit lebih sekata. Tak perlu guna kosmetik yang berbahaya, guna sahaja minyak argan. Biar hasil lambat, tetapi lebih selamat pada kulit. Tak gitu?
4) MENGHILANGKAN PARUT
Anda mempunyai parut jerawat? Minyak argan boleh membantu menghilangkan parut jerawat tanpa meninggalkan kesan pada kulit.
5) MENGURANGKAN KEDUTAN
Apabila usia kita makin bertambah, mula lah datang wrinkles atau kedutan pada wajah kita. Mesti kita rasa tak best sangat? Haa..apa lagi, sapulah minyak argan pada kawasan yang berkedut tu, Inshaa Allah dalam masa 2 hingga 3 minggu anda akan nampak kesan kedutan itu makin berkurangan.
6) MENYEGAR DAN MELEMBUTKAN KULIT
Bila ia boleh melembapkan kulit, semestinya minyak argan juga mampu membuat kulit kita lebih segar dan lembut. Malah tekstur kulit lebih cantik bila tiada lagi kulit kering. Masalah kulit dapat diatasi dengan minyak argan yang sungguh powerful ini!
7) MENGURANGKAN JERAWAT
Jerawat ni memang sahabat kita dari dulu sampai sekarang. Mana taknya, dah tua tua pun masih naik jerawat. Tak perlu pening bila jerawat yang sedia ada susah nak surut, cepat-cepat sapu minyak argan pada kawasan jerawat tersebut. Inshaa Allah bangun pagi esok jerawat tu dah surut.
8) MENGATASI MASALAH JERAWAT
Kalau anda perasan wajah anda mula nak tumbuh jerawat, tiba-tiba rasa macam ada benjolan nak muncul, selamatkan wajah anda dengan minyak argan secepat mungkin sebab minyak argan ini boleh mengatasi masalah jerawat sebelum ia berleluasa. Tak sempat tumbuh dah hilang dari pandangan anda.
9) PENGGANTI TONER
Agak-agak malas nak beli toner atau malas nak pakai toner sebelum tidur, tak perlu risau sebab minyak argan boleh dijadikan sebagai pengganti toner anda. Sebelum tidur, titiskan 2 atau 3 titis minyak argan pada tapak tangan dan gosok terlebih dahulu, baru lah anda sapu pada wajah & urut wajah dengan urutan memutar.
10) SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT
Last sekali, apa yang best dan menarik mengenai minyak argan ini adalah ia sesuai dengan semua jenis kulit. Jadi dah tak perlu risau kalau tak sesuai dengan kulit. Minyak argan selamat digunakan!
Anda boleh dapatkan minyak argan 100% asli daripada ajwad marketing untuk mendapatkan kesan seperti di atas. Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment