KEBAIKAN MINYAK ZAITUN UNTUK KULIT DAN RAMBUT



Umum mengetahui minyak zaitun banyak kegunaannya. Tetapi minyak zaitun bukanlah digunakan dalam masakan sahaja, malah ianya juga banyak memberikan kebaikan kepada kulit dan rambut.

Mari kita lihat apakah kebaikan minyak zaitun dalam dunia kecantikan dan kesihatan.

Untuk Kulit


1. Merawat kulit
Kulit merupakan bahagian tubuh yang memiliki risiko tertinggi mengalami kerosakan akibat tertedah kepada banyak bakteri mahupun unsur lain seperti kulit kering, kusam dan kedut yang lebih cepat.
Untuk mencegah masalah tersebut, anda harus melakukan perawatan kulit secara rutin agar pelbagai masalah yang menimpa kulit dapat dikurangkan. Cara yang paling mudah iaitu dengan menyapu minyak zaitun sebelum melakukan aktiviti luar dan sebelum tidur.
Salah satu tujuan memakai minyak zaitun sebelum melakukan aktiviti luar adalah supaya dapat mengurangi kesan buruk pada kulit akibat terdedah sinaran matahari. Di samping itu kulit akan jadi lebih segar, halus dan lembut.
2. Mengatasi Wajah Berminyak
Minyak yang berlebihan pada wajah akan memburukkan lagi penampilan seseorang, oleh sebab itu sangat penting mencari kaedah sihat agar tidak lagi mengalami masalah tersebut.
Langkah utama yang boleh anda cuba adalah dengan menggunakan masker yang dibuat dari campuran minyak zaitun. Kalau bisa lakukan saat wajah terasa penat, biarkan masker di wajah 15 selama 15 minit. Kemudian basuh dengan menggunakan air dingin, keringkan wajah menggunakan tisu atau tepuk-tepuk menggunakan telapak tangan.
3. Menanggalkan Kotoran Di Wajah
Jika anda merupakan seorang yang selalu bekerja di lapangan, pastikan agar anda memberikan perlindungan lebih terhadap kesihatan, khususnya kulit.
Gunakanlah minyak zaitun untuk menahan teriknya bahang matahari. Pertama basuh wajah menggunakan air suam, tujuannya agar pori-pori wajah terbuka. Setelah itu sapu minyak zaitun pada kulit wajah secara merata, biarkan selama 5 minit. Jika sudah bersihkan wajah menggunakan air suam, terakhir bilas lagi dengan air dingin agar kotoran yang telah keluar tidak masuk lagi karena pori-pori wajah mengecil.
Untuk Rambut 
1) Merawat masalah kelemumur
Caranya:
  1. Lumurkan minyak zaitun ke bahagian kulit kepala, terutama kulit kepala yang mengelupas dengan rata.
  2. Picit secara halus di kulit kepala supaya ia meresap ke dalam akar rambut.
  3. Biarkan dalam tiga puluh minit.
  4. Langkah terakhir, bilas dengan air bersih.
  5. Lakukan langkah ini seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang maksima.
 2) Merawat masalah rambut bercabang, kering dan kasar
Caranya:

  1. Sapukan minyak zaitun ke bahagian rambut yang bercabang.
  2. Ramas lembut rambut supaya minyak zaitun meresap ke rambut secara menyeluruh.
  3. Setelah itu, biarkan ia selama 30 minit.
  4. Lakukan cara ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

3) Merawat masalah rambut kusam
 Caranya:
  1. Gunakan minyak zaitun sebagai serum di rambut.
  2. Tuangkan beberapa titik minyak zaitun ke telapak tangan.
  3. Usapkan ke rambut yang sedang dalam keadaan basah.
  4. Kemudian bilaskan pada rambut secara merata sambil di usapkan-usap supaya rapi.
  5. Lalu sisir rambut sampai rapi.

  4) Merawat masalah kutu rambut
 Caranya:
  1. Sediakan minyak zaitun secukupnya.
  2. Kemudian sapu minyak zaitun ke bagian kulit kepala dengan rata.
  3. Picit halus dan lembut kulit kepala supaya meresap.
  4. Biarkan beberapa saat kemudian cuci rambut dan kulit kepala dengan menggunakan air bersih.
  5. Dengan menggunakan minyak zaitun dapat membuat kutu di rambut menjadi lemas seterusnya membasmi telur kutu yang akan menetas.
  6. Lakukan cara ini di pada malam hari sebelum tidur dan lalukan setiap hari selama satu minggu berturut-turut.

Haa..itu saja perkongsian dari kami tentang manfaat minyak zaitun untuk kulit dan rambut. Semoga ianya bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!



Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CHIA SEEDS YANG MUDAH DAN BERKHASIAT

AL MANNA (GUM ARABIC) CRYSTAL