SELAMATKAH CHIA SEED UNTUK IBU MENGANDUNG?
Menurut laman web kesihatan LiveStrong, pengamalan chia seed semasa hamil adalah selamat. Malah, ia berpotensi untuk menambahkan kualiti kesihatan bagi ibu dan bayi dalam kandungan.
Namun, sekiranya anda pernah mengalami sebarang jenis alergi atau alahan terhadap makanan jenis kekacang atau biji-bijian, pastikan anda mencuba dalam kuantiti yang kecil dahulu untuk melihat reaksinya. Selain itu, sekiranya anda sedang mengambil ubat-ubatan bagi penyakit spesifik seperti darah tinggi dan sebagainya, lebih baik dapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkannya.
5 Khasiat Chia Seed Untuk Ibu Mengandung
Berikut adalah beberapa khasiat chia seed untuk ibu mengandung.1. Kaya Omega-3
Chia seed kaya dengan asid lemak Omega-3 yang penting untuk kesihatan otak dan perkembangan bayi.Selain itu, ia juga dapat membantu kesihatan rambut, kulit, dan kuku ibu mengandung agar lebih berseri-seri.
2. Sumber Kalsium Yang Tinggi
Kalsium amat diperlukan oleh wanita mengandung dan perkembangan tulang bayi, terutamanya dalam trimester ketiga. Siapa sangka, biji-biji kecil chia seed ini mengandungi sumber kalsium yang amat tinggi.Malah, ada kajian yang disiarkan melalui HuffingtonPost ini yang mendakwa bahawa jumlah kalsium dalam chia seed adalah 5 kali lebih tinggi berbanding susu.
3. Mencegah Sembelit
Tubuh badan melalui pelbagai perubahan fizikal dan juga hormon ketika hamil. Disebabkan itu, pelbagai masalah kesihatan yang muncul, contohnya sembelit.Chia seed adalah sumber serat tidak larut yang dapat membantu mencegah masalah tersebut. Hanya dengan 2 sudu bijian ini setiap hari, chia seed mampu memenuhi 38% daripada jumlah fiber yang diperlukan oleh tubuh.
4. Meningkatkan Zat Besi Dalam Darah
Semasa hamil, isipadu darah dalam tubuh wanita hamil boleh meningkat sehingga 50%. Untuk menyokong pertambahan sel darah merah, zat besi amat diperlukan agar ia dapat membawa oksigen ke seluruh tubuh dengan efisyen.Selain itu, zat besi juga berfungsi untuk membantu ibu hamil berasa segar lebih bertenaga sepanjang hari!
5. Mengurangkan Kekejangan / Cramp
Kekejangan, terutamanya pada kaki selalunya dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Ia juga boleh berlaku pada otot badan yang lain seperti perut. Chia seed dikatakan mengandungi 15 kali lebih magnesium berbanding brokoli.Selain kekejangan, antara simptom kekurangan magnesium adalah timbulnya rasa loya dan muntah-muntah. Sesetengah kajian juga mendapati chia seed mampu mengurangkan kontraksi awal pada rahim, sekaligus mengurangkan risiko kelahiran pramatang.
Comments
Post a Comment