KEBAIKAN DAN KHASIAT CHIA SEED

Chia Seed adalah bijian organik yang berasal dari tumbuhan Salvia hisvanica yang biasanya hidup di kawasan panas dan bergurun pasir seperti di negara Mexico, Amerika Latin. Sehingga kini, Chia Seed terkenal sebagai makanan bernutrisi tinggi untuk menambahkan energi seharian. Sifatnya sebagai antioksidan yang aktif mampu menghalang kesan buruk akibat daripada radikal bebas.

Chia Seed juga tinggi dengan Omega-3. Saya sendiri pernah mencubanya. Ia tidak mempunyai rasa yang jelas sebab ia tidak masin, pahit, manis mahupun masam. Jadi, Chia Seed boleh diambil dengan makanan lain seperti oat, yogurt, salad, buah dan gandum tanpa merosakkan rasa makanan dan tanpa menjejaskan kandungan berkhasiat di dalamnya. Kalau masukkan sesudu semasa memasak nasi pun okay.

Kelebihan Nutrien Yang Terkandung dalam Chia Seed


Chia Seed mengandungi pelbagai khasiat yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Setiap nutrien ini mempunyai fungsinya tersendiri.
  • Karbohidrat  baik untuk energi dan stamina dalam menjalani aktiviti harian
  • Vitamin A, B 12, C yang sangat baik untuk menyehatkan jaringan tubuh
  • Kalori  baik sebagai sumber tenaga yang diperlukan oleh badan
  • Serat  baik untuk menstabilkan kolesterol, mencegah sembelit dan menekan meningkatkan gula dalam darah
  • Fosforus baik untuk membentuk tulang, memperbaiki metabolisma tubuh
  • Protein baik untuk menyehatkan otak, meningkatkan perkembangan tubuh
  • Kalsium baik untuk menyehatkan sistem pencernaan
  • Mangan baik untuk membantu tubuh dalam mempercepat proses mertabolisme tubuh
  • Zinc, natrium baik untuk menunjang perkembangan otak dan kesehatan kulit
  • Zat besi baik untuk pencegahan anemia dan meningkatkan kualiti sel darah merah
  • Omega 3 baik untuk kesehatan jaringan otak, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan prestasi jantung
  • Kalsium baik bagi kepadatan tulang dan gigi, mencegah pengapuran dan osteoporosis dini
  • Triptofan (asam amino essensial) baik untuk memperbaiki gangguan sistem pencernaan dan meningkatkan nafsu makan
  • Alpha linolenic acid (ALA) baik bagi kesehatan organ vital dalam tubuh agar selalu berada dalam keadaan baik
Dengan pengambilan Chia Seed, kita boleh memastikan yang semua nutrien yang diperlukan dalam badan ini sudah mencukupi setiap hari. Senanglah kerja kita dalam menjaga kesihatan. Ok, kita perlu amalkan Chia Seed. Persoalannya, dalam banyak-banyak jenama Chia Seed yang ada di pasaran, jenama mana yang sepatutnya kita pilih?

 contoh hidangan chia seed yang boleh dicuba. Memang enak!

Cubalah hari ini!

 

 


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CHIA SEEDS YANG MUDAH DAN BERKHASIAT

AL MANNA (GUM ARABIC) CRYSTAL

KEBAIKAN MINYAK ZAITUN UNTUK KULIT DAN RAMBUT